0Item(s)
0 0

Tip Cemerlang Praktikum (Pendidikan Sains Rendah)

Product Code EM3022
Product Name: Tip Cemerlang Praktikum (Pendidikan Sains Rendah)
Category: MY Books
Star Rating: Not Available
Printable: YES
Original Price: USD 5.00
After Discount: USD 4.50
  ECopy (PDF) via Email

Tip Cemerlang Praktikum (Pendidikan Sains Rendah)

Tip Cemerlang Praktikum (Pendidikan Sains Rendah) adalah panduan komprehensif yang ditulis khusus untuk membantu guru pelatih sains khasnya dari program PISMP IPG dalam melaksanakan praktikum dengan efektif dan berkesan. E-buku ini menghuraikan pelbagai tip, strategi dan pendekatan pembelajaran alaf 21 terkini yang telah terbukti berkesan dari kajian-kajian yang telah dijalankan dalam meningkatkan keberkesanan proses PdP Sains di sekolah rendah.Dalam e-buku ini juga, guru pelatih didedahkan dengan kepentingan praktikum dalam pengajian perguruan dan perlu mendalami dokumen DSKP dari KSSR yang ditetapkan oleh KPM dalam merancang, merangka dan melaksanakan PdP Sains mengikut standard yang ditetapkan. Kepentingan penguasaan content knowledge ,kemahiran pedagogi dan sahsiah sebagai guru akan dibincangkan dalam Bab 2 secara terperinci.
Selain itu, e-buku ini juga membincangkan strategi perancangan dan pengajaran berkesan dengan mendalam termasuk penggunaan teknologi aplikasi AI dalam perancangan, pelaksanaan PdP Sains, pentaksiran dan penilaian untuk diimplementasikan oleh guru pelatih sebaiknya. Dalam waktu yang sama, guru pelatih juga tidak boleh lari dari menghadapi cabaran dalam menjalani tugas sebagai guru. Tugas guru yang kompleks dan rencam memerlukan strategi penyelesaian yang ampuh. Kesimpulannya, dengan penggunaan bahasa yang jelas dan ilustrasi yang menarik, e-buku ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan, memberi inspirasi serta keyakinan kepada guru pelatih. Guru pelatih yang berjiwa pendidik dan mempunyai karimah insaniah yang tinggi akan dibimbing melalui e-buku ini untuk dicalonkan sebagai guru Rentas Cemerlang Praktikum dan Guru Cemerlang kelak.





Currently No Review